KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM332 juta bagi menyediakan program latihan dan fasiliti sukan terbaik di seluruh negara tahun depan, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat semalam beliau berkata sebanyak RM145 juta daripada jumlah peruntukan yang disediakan itu adalah untuk menyelenggara, menaik taraf dan membina kemudahan sukan di seluruh negara.
Menurutnya, sebanyak RM154 juta lagi disediakan bagi menjayakan pembangunan ekosistem sukan yang menyeluruh melalui pencarian bakat baharu, program latihan dan kelengkapan fasiliti sukan, hinggalah membawa negara ke podium sukan antarabangsa.
"Tahun ini telah memahat sejarah sukan yang amat membanggakan. Jalur Gemilang berkibar megah di seluruh dunia. Kejayaan paling besar pastinya pengakhiran 45 tahun untuk bergelar juara di Kejohanan Badminton Dunia melalui pasangan beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
"Tahniah kami ucapkan dan terima kasih kepada semua wira negara yang telah mengharumkan nama Malaysia," katanya.
Tengku Zafrul berkata sebanyak RM20 juta diperuntukkan bagi membuka peluang belia terlibat dalam sukan permotoran di platform yang betul melalui pembangunan litar drag manakala RM13 juta di peruntukkan untuk pembangunan e-sukan.
"Potongan cukai bagi mereka yang menyumbang kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam pembangunan sukan di peringkat akar umbi," katanya.
Bagi melahirkan atlet para bertaraf antarabangsa, beliau berkata peruntukan RM12 juta disediakan khusus untuk pembangunan sukan Orang Kurang Upaya (OKU).
"Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM5 juta kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) untuk 2023 dan selanjutnya," katanya.
Tengku Zafrul berkata kerajaan akan terus memupuk gaya hidup sihat bagi mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit melalui Agenda Nasional Malaysia Sihat dengan peruntukan RM15 juta.
"Esok ialah Hari Sukan Negara. Jadi Kerajaan menyerulah seluruh Keluarga Malaysia untuk luangkan sedikit masa beriadah demi memupuk gaya hidup lebih sihat," katanya menambah bahawa kerajaan menyediakan RM10 juta untuk meneruskan Hari Sukan Negara dan Jelajah Fit Malaysia pada tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 08 2022
Tengku Zafrul berkata, kejayaan yang paling membanggakan ialah pengakhiran 45 tahun untuk bergelar juara di Kejohanan Badminton Dunia melalui pasangan beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik. - Gambar fail BERNAMA
Zii Jia, Jun Hao lepasi halangan pertama Terbuka Thailand
Zii Jia melepasi halangan pertama dalam misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand selepas mengiringi rakan senegara Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
INNOVATHON musim kedua sasar tarik bakat muda, pupuk minat pada STEM
INNOVATHON musim kedua memfokuskan kepada penghasilan tenaga kerja dan bakat masa depan yang mampu bergerak seiring dengan kemajuan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Tuanku Zara Salim rasmi Pameran Limar anjuran Muzium Seni Asia, UM
Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim berkenan untuk merasmikan Pameran Limar “Tenunan warisan yang kian dilupakan” anjuran Muzium Seni Asia Universiti Malaya dimana sejumlah 78 koleksi tenunan limar dipamerkan bersempena pameran tersebut.
Lawrence Wong sah PM baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri republik itu yang baharu, pada Selasa.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Peristiwa Nakba disifatkan berulang, tapi lebih dahsyat
76 tahun berlalu, peristiwa Nakba yang berlaku pada 14 Mei 1948 terus diingati sebagai peristiwa hitam buat rakyat Palestin. Nakba yang membawa maksud malapetaka merujuk kepada penghapusan etnik Palestin, yang mana bagi penduduk Gaza, peristiwa itu tidak ubah seperti apa yang berlaku sekarang. Penderitaan dan kesengsaraannya malah disifatkan lebih teruk berbanding 1948.
Malaysia mahu terokai pelbagai bidang dengan Republik Kyrgyz
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz dalam pelbagai bidang yang boleh dibangunkan bersama.
Dua pegawai penjara maut, seorang banduan lolos
Penyerang bersenjata membunuh dua pegawai penjara Perancis dan mencederakan tiga yang lain dalam serangan ke atas konvoi di Normandy pada Selasa.
Data PADU sudah sedia, tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Sebarang keputusan berhubung pelaksanaan mekanisme tersebut, hanya akan diputuskan oleh kerajaan pada tempoh yang sesuai bagi mengelakkan spekulasi inflasi.
Kyrgyz zahirkan hasrat Malaysia lantik penasihat kepada kerajaan republik itu - PM
Republik Kyrgyz hari ini menzahirkan hasrat supaya Malaysia melantik seorang penasihat kepada kerajaan negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Cadangan gaji minimum UNICEF sedang dikaji - Rafizi
Rafizi menjelaskan perbincangan berkenaan gaji minimum termasuk prosesnya itu adalah tanggungjawab Majlis Perundingan Gaji Negara bagi menilai kedudukan gaji minimum.
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).
Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.
Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.
Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.
Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.
BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.
Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.
2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.
Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.